Wednesday, June 17, 2015

Stok Kelambu Baru Terbaru Jun 2015

Assalamualaikum w.b.t

Sempat lah sebelum berterawih malam ni, Update blog dulu sekali.Untuk pengetahuan semua, stok kelambu  dah ada sejak dari minggu lepas. Setakat ini, alhamdulillah permintaan sentiasa ada. Cuma, tidak berkesempatan untuk mengupdate di sini.

Stok Ramadhan kali ini pun saya tak boleh jamin dapat bertahan sampai raya ke tidak, sebabnya dah ramai yang book. Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, sampai ke saat akhir pun masih ada yang telefon bertanyakan stok. Alhamdulilah, sangat rasanya. Tapi, kadang-kadang saya pun terpaksa menolak disebabkan sudah berada di kampung. Tak dapat lah nak menolong sekiranya tuan/puan memerlukan kelambu dengan kadar yang segera. (saya pun nak balik beraya, huhuhu..).

Dalam kesempatan ini juga saya dengan rendah diri ingin  menjemput korang semua untuk like facebook page saya. Ini kerana saya selalu update stok baru disitu (Skema betul ayat saya kali ni).

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kelambu moden daripada saya, bolehlah menghubungi 
nombor di bawah.

0192738589
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



No comments:

Post a Comment