Saturday, August 16, 2014

Khemah Camping Untuk Di Jual

Selalu jugak orang tanya apa lagi produk lain yang saya jual. Takkan jual kelambu je? Memang ada item lain yang masuk dalam senarai untuk di jual saya iaitu seperti khemah camping ini.



Anak buah saya yang berusia 8 tahun dengan  khemah campingnya.

Nampak menarik kan ? Dengan corak celoreng-celoreng macam khemah askar ni, khemah ini memang wajib menjadi pilihan anda sewaktu melakukan aktiviti outdoor atau indoor.

Biasanya produk yang saya jual, adalah benda yang saya juga suka gunakan. Kami sekeluarga memang suka gunakan khemah apabila beriadah di pantai. Dulu, beli khemah yang ada kat Giant, kena pasang-pasang tali dulu , baru boleh gunakan khemah tu. Sekarang, dengan adanya khemah baru ini. Semuanya cepat dan senang. Penggunaan sama seperti kelambu moden. Buka dan pasang.

Dimana anda boleh gunakan khemah ini?
  • Bawa jalan-jalan/melancong
  • Pergi 'camping'/ berkhemah
  • Di tempat peranginan/mandi-manda seperti air terjun, tasik atau sungai
  • Berkelah di tepi pantai
  • Memancing
  • Lain-lain yang difikirkan sesuai
Kelebihan Khemah ini
  • Senang digunakan.Boleh disimpan dan di dipasang dengan mudah.
  • Ada bekas untuk simpanan.
  • Ringan untuk di bawa ke sana-sini
  • Juga ada besi cucuk untuk elak di terbangkan angin.
  • 'Water proof' / Tidak basah sekiranya hujan.
  • Terdapat satu pintu dan satu tingkap yang dilapisi kain net untuk mengelakkan nyamuk.
  • Saiz besar yang boleh memuatkan 4 orang dewasa (200cm x 200cm).
Terdapat manual arahan yang disertakan di setiap khemah untuk memudahkan anda menggunakannya.


Rupa khemah apabila disimpan di dalam sarungnya. Kemas dan jimat ruang!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khemah ini, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah.

0192738589 -- JOHAN

COD : BANTING/DENGKIL/PUTRAJAYA/NILAI/
SALAK TINGGI
~BOLEH CALL UNTUK SETKAN MASA ~


JUGA BOLEH DI HANTAR KE SELURUH MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT POSLAJU


7 comments: