Thursday, December 22, 2016

Kisah Balik Kampung dan Kelambu Moden

Balik kampung hari tu, memang tak cukup lah bilik yang ada di rumah mak ayah. Al maklumlah, semua anak-anak mak seramai 8 orang semua balik. Tinggal kakak yang tengah berpantang di  Johor je tak dapat balik.

Bila bilik tidak mencukupi, mana-mana yang masih bujang dan anak buah lelaki yang dah besar terpaksalah tidur di ruang tamu je. Walaupun tidur di ruang tamu, tapi masing-masing tak kisah je. Lagipun bukan selalu dapat berkumpul macam ni kan?

Sampai tengah malam pun masih kedengaran suara ayah melayan cucu-cucunya yang ramai. Lagipun rumah mak ayah rumah papan, lagilah meriah bunyinya bila masing-masing bermain dan berlari-lari dalam rumah. Nasib tak runtuh lantai di buatnya. Haha..


Kebetulan balik hari tu, hujan turun juga sekali sekala, lagi lah sejuk rumah ni..Tak payah pasang kipas pun nak tidur. Penuh satu badan berselimut kami anak beranak. Tapi yang paling tak tahan, nyamuk pun banyak. Lagi-lagi bila tak pasang kipas, sedaplah diaorang menyerang. Tapi kami seperti biasalah. Dah bentang kelambu awal. Maka, dapatlah tidur dengan aman dan tenang. Alhamdulillah.

Balik kampung memang syok. Tak puas kalau bercuti dua tiga hari je. Takpe lah..next holiday kita plan lagi. Insha Allah.

Ok lah, itu je coretan kali ni. Bye!

Saturday, October 1, 2016

Stok Terbaru Kelambu Moden 4/10/2016

Assalamualaikum.
Mohon maaf kerana terlalu lama tidak mengupdate blog Kelambu Moden ini. InshaAllah, setakat ini masih ada stok ditangan kami dan stok terbaru insha Allah akan kami perolehi pada 4/10/2016 ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah terus whatsapp saya di talian 0192738589. Setakat ini kami banyak aktif di ruangan page kelambu moden iaitu di www.facebook.com/inushop.

Bagi perkhidmatan penghantaran secara cash-on-delivery, anda boleh menghubungi kami untuk set masa dan tempat yang berkenaan. Untuk makluman, penghantaran hanya disediakan untuk kawasan berhampiran seperti Giant Banting, Bukit Changgang, Langat Murni, Bandar Seri Ehsan, Masjid KLIA dan kawasan sekitar. Untuk mereka yang berada di luar kawasan. Perkhidmatan poslaju disediakan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sila hubungi talian 0192738589 ( Johan ).

Wednesday, June 17, 2015

Stok Kelambu Baru Terbaru Jun 2015

Assalamualaikum w.b.t

Sempat lah sebelum berterawih malam ni, Update blog dulu sekali.Untuk pengetahuan semua, stok kelambu  dah ada sejak dari minggu lepas. Setakat ini, alhamdulillah permintaan sentiasa ada. Cuma, tidak berkesempatan untuk mengupdate di sini.

Stok Ramadhan kali ini pun saya tak boleh jamin dapat bertahan sampai raya ke tidak, sebabnya dah ramai yang book. Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, sampai ke saat akhir pun masih ada yang telefon bertanyakan stok. Alhamdulilah, sangat rasanya. Tapi, kadang-kadang saya pun terpaksa menolak disebabkan sudah berada di kampung. Tak dapat lah nak menolong sekiranya tuan/puan memerlukan kelambu dengan kadar yang segera. (saya pun nak balik beraya, huhuhu..).

Dalam kesempatan ini juga saya dengan rendah diri ingin  menjemput korang semua untuk like facebook page saya. Ini kerana saya selalu update stok baru disitu (Skema betul ayat saya kali ni).

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kelambu moden daripada saya, bolehlah menghubungi 
nombor di bawah.

0192738589
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Saturday, August 16, 2014

Khemah Camping Untuk Di Jual

Selalu jugak orang tanya apa lagi produk lain yang saya jual. Takkan jual kelambu je? Memang ada item lain yang masuk dalam senarai untuk di jual saya iaitu seperti khemah camping ini.



Anak buah saya yang berusia 8 tahun dengan  khemah campingnya.

Nampak menarik kan ? Dengan corak celoreng-celoreng macam khemah askar ni, khemah ini memang wajib menjadi pilihan anda sewaktu melakukan aktiviti outdoor atau indoor.

Biasanya produk yang saya jual, adalah benda yang saya juga suka gunakan. Kami sekeluarga memang suka gunakan khemah apabila beriadah di pantai. Dulu, beli khemah yang ada kat Giant, kena pasang-pasang tali dulu , baru boleh gunakan khemah tu. Sekarang, dengan adanya khemah baru ini. Semuanya cepat dan senang. Penggunaan sama seperti kelambu moden. Buka dan pasang.

Dimana anda boleh gunakan khemah ini?
  • Bawa jalan-jalan/melancong
  • Pergi 'camping'/ berkhemah
  • Di tempat peranginan/mandi-manda seperti air terjun, tasik atau sungai
  • Berkelah di tepi pantai
  • Memancing
  • Lain-lain yang difikirkan sesuai
Kelebihan Khemah ini
  • Senang digunakan.Boleh disimpan dan di dipasang dengan mudah.
  • Ada bekas untuk simpanan.
  • Ringan untuk di bawa ke sana-sini
  • Juga ada besi cucuk untuk elak di terbangkan angin.
  • 'Water proof' / Tidak basah sekiranya hujan.
  • Terdapat satu pintu dan satu tingkap yang dilapisi kain net untuk mengelakkan nyamuk.
  • Saiz besar yang boleh memuatkan 4 orang dewasa (200cm x 200cm).
Terdapat manual arahan yang disertakan di setiap khemah untuk memudahkan anda menggunakannya.


Rupa khemah apabila disimpan di dalam sarungnya. Kemas dan jimat ruang!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khemah ini, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah.

0192738589 -- JOHAN

COD : BANTING/DENGKIL/PUTRAJAYA/NILAI/
SALAK TINGGI
~BOLEH CALL UNTUK SETKAN MASA ~


JUGA BOLEH DI HANTAR KE SELURUH MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT POSLAJU


Tuesday, February 4, 2014

Jom Beli Kelambu Moden..Elak Nyamuk..Elak Denggi..

Nak beli kelambu moden (King/queen)? Call je nombor ni - 0192738589 (Johan). Kalau rasa2 lagi selesa ambik sendiri boleh la kontek saya. Nanti saya smskan alamat/gps koordinat.Untuk pengetahuan semua lokasi saya di Banting, Selangor. Saya menjalankan bisnes ini secara part time je, sebab tu kadang2 kalau ada sesiapa yang nak urgent,minta maaf lah ye, saya tak dapat nak hantar sebab belah siang saya kerja . Kalau dekat2 dengan kawasan kerja saya boleh la saya COD waktu rehat. Semasa entri ini ditulis, saya bekerja di Puchong. So, pada sesiapa yang duduk di Puchong dan berminat nak beli kelambu moden, boleh lah hubungi saya ya. 



Untuk weekend or public holiday,saya biasanya COD kelambu moden ke kawasan sekitar Banting, Dengkil, Putrajaya dan Nilai. So, just call saya untuk set masa and tempat. Inshallah, kalau tak de hal apa2 pada masa tu boleh la saya hantar terus kepada anda. 

Untuk yang duduk jauh , luar dari kawasan yang saya sebutkan di atas. Jangan risau, anda juga boleh dapatkan kelambu moden daripada saya.Saya boleh hantar menggunakan khidmat pos. 

- 019278589 - Johan



Monday, November 4, 2013

Terima Kasih....

Saya sangat berterima kasih pada yang sudi membeli kelambu daripada saya..Bermula daripada 2011..saya mula berniaga online...Banyak kenangan manis...pahit...suka..duka...yang telah dilalui...hehe...(skema tak ayat)? Sekarang dah dekat hujung 2013...maknanya dah dekat 2 tahun lebih saya jual kelambu moden ni...Seronok dan tak sangka juga sebenarnya saya boleh ter'jebak' dalam bisnes online ni...Dapat jugalah duit sampingan... 

Mana yang pernah berurusan dengan saya,saya harap anda semua akan berpuashati..Kalau ada salah dan silap harap anda semua dapat maafkan saya. Maklumlah , mungkin dalam urusan jual beli tu  ada yang anda tak berkenan..mintak mahap la ye...Walau apa pun ...Sekali lagi...jutaan TERIMA KASIH saya ucapkan pada anda semua.

Manakala, pada yang baru nak berurusan dengan saya ..Nombor hotline yang boleh anda hubungi adalah seperti berikut..0192738589...Talian saya ni sentiasa  dibuka untuk anda.. 24 jam tentunya....


Friday, September 20, 2013

Kelambu Moden Murah di Banting, Putrajaya, Nilai.

Tempah SEKARANG!!!!
kelambu

kelambu moden
KELAMBU MODEN untuk anda bawa balik kampung...

Kelebihan :
- Senang lipat dan simpan
- Tak payah nak gantung-gantung atau paku dinding
- Selesa untuk 2 dewasa dan seorang anak.

Boleh COD dan juga POS..

Kawasan Cod ialah :
- Masjid Putrajaya
- Sg Manggis,Pekan Banting
- Giant Nilai
- Depan balai Polis Putra Perdana, Puchong.
- Dengkil

Kalau nak pickup sendiri, lokasi saya Kg Bukit Changgang, Banting.
Boleh call untuk dapatkan alamat.

Remarks : Saya tidak lagi membuat COD ke Bangi..


TQ.
JOHAN BIN ABDULLAH
Call/SMS : 0192738589
Whatsapp : 0136691930